![]() |
|
||||||
|
|
|
||||||
![]() |
|
||||||
|
|
|
||||||
| Komited untuk melahirkan insan beriman, bertaqwa dan para dai (pendakwah) yang istiqamah memperjuangkan
kebenaran Al-Quran dan As-Sunnah PROFIL TM Tahfiz Mutmainnah (TM) mula beroperasi pada 4 Januari, 2009 dengan jumlah pelajar seramai 17 orang. Kini TM melangkah ke tahun ke tiga dengan jumlah pelajar seramai 50 orang. FALSAFAH PENGAJIAN TM Falsafah pengajian TM bertunjangkan kepada konsep menggabungkan sistem tradisional yang berkesan dengan sistem baru yang bermanfaat. SISTEM PENGAJIAN Sistem pengajian di TM terbahagi kepada: 1. Sistem Pengajian Tahfiz Al-Quran 2. Sistem Deeniyyah (berpengantar bahasa Arab) 3. Akademik Teras (Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Matematik dan Teknologi Maklumat) 4. Sistem Pengajian Umumi iaitu berbentuk kuliah pada setiap hari Sabtu. TEMPOH PENGAJIAN Tempoh pengajian di TM berlangsung dalam empat sesi pengajian (Tahun 1, 2, 3, 4). Setiap sesi bermula pada bulan Januari setiap tahun. SYARAT DAN MAKLUMAT KEMASUKAN 1. Pelajar LELAKI berumur tidak kurang daripada 13 tahun 2. Lepasan UPSR atau Sekolah Rendah Agama 3. Mahir membaca Al-Quran dan mampu menulis dan membaca tulisan Jawi 4. Sedia mematuhi peraturan TM 5. Pemilihan peljar dibuat melalui proses temu duga dan ujian kelayakan 6. Pengajian PERCUMA diberikan kepada anak-anak YATIM yang layak DOKUMEN YANG DIPERLUKAN 1. Salinan Sijil Kelahiran & Kad Pengenalan 2. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa / Penjaga 3. Salinan Laporan Kemajuan sekolah asal 4. Salinan Sijil Berhenti Sekolah asal 5. Salinan keputusan percubaan / keputusan sebenar UPSR 6. Gambar pelajar berukuran paspot (4 keping) CATATAN: Penerimaan masuk pelajar adalah berdasarkan kepada keputusan UJIAN KELAYAKAN yang diteapkan oleh TM. KURIKULUM 1. Hafazan Al-Quran [Tahun 1,2,3,4] 2. Tafsir Al-Quran [Tahun 1,2,3,4] 3. Bahasa Arab [Tahun 1,2,3,4] 4. Akhlak [Tahun 1,2] 5. Hadith [Tahun 1,2,3,4] 6. Aqidah [Tahun 1,2] 7. Feqah [Tahun 1,2,3,4] 8. Nahu dan Sorof [Tahun 2,3,4] 9. Teknologi Maklumat [Tahun 1] 10. Bahasa Malaysia [Tahun 1,2,3,4] 11. Bahasa Inggeris [Tahun 1,2,3,4] 12. Matematik [Tahun 1,2,3,4] 13. Mustolah Hadith  [Tahun 3,4] 14. Usul Fiqh [Tahun 4] 15. Ulum Al-Quran [Tahun 3] TENAGA PENGAJAR TM mempunyai 14 orang staf yang terdiri daripada mudir, penolong kanan, guru-guru, warden dan staf sokongan. YURAN & BAYARAN Yuran Pendaftaran Pelajar Baru RM 50 (tidak berulang) Yuran Tahunan Cagaran Perubatan RM 100 Yuran Tahunan RM 100 Pusat Sumber RM 20 Peperiksaan RM 50 Buku Teks & Buku Tulis RM 150 Pakaian Sukan RM 40 Sukan RM 20 Yuran Bulanan Pengajian RM 100 Asrama, Makan & Minum RM 200 JUMLAH KESELURUHAN RM 830 SUMBANGAN Kelangsungan TM bergantung kepada ketersediaan sumber kewangan yang kukuh pada setiap masa. Bantu TM merealisasikan impian anda dan kita semua dengan menghulurkan sumbangan melalui cek atas nama TAHFIZ MUTMAINNAH atau kreditkan ke akaun MAYBANK [552059703378] atau CIMB [02130000329103] PROSPEK Selepas menamatkan pengajian 4 tahun di Tahfiz Mutmainnah pelajar akan disiapkan dan diuruskan untuk mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan menyambung pengajian lanjutan di rangkaian pusat pengajian di YAMAN dan SYRIA. KEMUDAHAN TERSEDIA 1. Kelas yang selesa 2. Dewan Seminar 3. Perpustakaan 4. Makmal Komputer 5. Asrama Penuh 6. Surau 7. Dewan Makan 8. Padang Permainan PAKAIAN SERAGAM 1. Jubah putih 2. Kopiah putih PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI Pengerusi Ustaz Sharir Long 019 473 6060 Mudir Ustaz Amri Nasron 013 420 2206 Pendaftar Sdr Mohd Latfee 013 593 2786 Pen. Pendaftar Hj Osman Ahmad 019 599 4763 |
Muat turun BROSUR lengkap. |
|
|||||
|
|
|||||||
![]() |
|
||||||